Kredit gambar utama : IG @littlemisskhan
Viral dan kecoh di media sosial apabila Neelofa menyambut sambutan ulang tahun kelahirannya dan pelancaran tudung di sebuah pusat hiburan terkenal di Kuala Lumpur. Ramai mempertikaikan pilihan tempat memandangkan ianya adalah tempat hiburan.
Bagaimanapun, Neelofa punya jawapan dan tak ambil peduli apa yang diperkatakan netizen.
"Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.
"Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.
"Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang," katanya kepada BH Online.
Namun, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar melalui Facebooknya menegur secara berhemah buat Neelofa. Teguran panjang di Facebook itu mendapat lebih daripada 10, 000 kali share.
Sumber: BH Online
Facebook Prod Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.