Ameera Khan, adalah adik kepada pengacara dan pelakon, Neelofa. Beliau sering menjadi perhatian dan bualan hangat netizen menerusi laman Instagramnya.
Ameera baru-baru ini telah berkongsikan beberapa keping gambar bersama individu yang dipercayai kekasih barunya.
Dalam pada itu, Neelofa dilihat memberikan komen positif terhadap perhubungan cinta adiknya itu. Beliau menyatakan bahawa kedua-dua mereka sama muda dan sama padan.
Bagaimanapun, komen Neelofa itu telah dikritik teruk oleh netizen, dan ada yang meminta agar Neelofa menegur adiknya itu susulan tindakannya berpegangan tangan sedangkan masih belum berkahwin.
Ruang komen berkenaan juga telah ditutup selepas teruk mendapat kecaman.
Sumber: Rotikaya
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.