Akhir tahun lalu merupakan hari yang paling diingati apabila pengacara, Neelofa mengumumkan persaraannya daripada mengacarakan program MeleTOP. Nyata keputusan beliau mengundang sebak ramai peminat.
Beliau yang selama ini bergandingan dengan Nabil Ahmad, dilaporkan akan kembali untuk edisi khas malam raya bagi memenuhi permintaan peminat yang rindu akan selebriti itu di MeleTOP.
“Mengapa kami bawakan Neelofa untuk program Meletop malam raya adalah bagi ‘meringankan’ kerinduan para penonton terhadap penampilannya di set berkenaan.
“Malah ketika Nabil berseorangan di studio atas situasi semasa yang berlaku kini, dia tiada peneman dan kali ini kita hadirkan teman asal, Nabil, istimewa untuk malam itu nanti.”
Nabil Ahmad juga merasakan kehadiran Neelofa bagi edisi raya itu sebagai satu kelengkapan MeleTOP Raya bagi dirinya sebagai pengacara.
“Kami ada bersembang dan ada penonton yang bertanyakan mengenai penampilan Neelofa sempena edisi raya. Bagi saya lengkaplah Meletop raya. Terima kasih Astro.”
Yeaaaaa, tak sabar nak tengok MeleTOP Raya!
Sumber: Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.