Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Akibat Langgar SOP, Neelofa & Keluarga Dikenakan Kompaun RM60,000

Tiada sebarang diskaun diberikan untuk kompaun ini.
Muhammad Izwan Zainal
27 Apr 2021, 02:34 PM

Noor Neelofa Mohd Noor atau mesra disapa Neelofa, suami dan 20 ahli keluarga lain dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 akibat melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis perkahwinan serta merentas negeri.

Selebriti dan usahawan itu dikompaun yang dikenakan mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

akibat langgar sop, neelofa & keluarga dikenakan kompaun rm60,000

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, ACP Mohamad Zainal Abdullah, Neelofa perlu membayar kompaun bagi dua kesalahan sebanyak RM20,000.

Tambahnya lagi, antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak mematuhi SOP di majlis pernikahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dengan kompaun sebanyak RM10,000 tanpa diskaun dibenarkan.

akibat langgar sop, neelofa & keluarga dikenakan kompaun rm60,000

Kedua, kompaun RM10,000 dikenakan lagi kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.

"Kesalahan kedua melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama," katanya.

Malah, PU Riz juga dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar kebenaran merentas negeri.

akibat langgar sop, neelofa & keluarga dikenakan kompaun rm60,000

Manakala kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang dikenakan kepada ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang.

Sebagai penganjur mereka didapati gagal memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

akibat langgar sop, neelofa & keluarga dikenakan kompaun rm60,000

Menerusi ciapan di akaun Twitternya, Neelofa akur dengan kompaun yang dikenakan dan mengambil ini sebagai satu pengajaran buatnya agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa.

“Dan juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP,” katanya.

Terdahulu, pernikahan Neelofa dan PU Riz berlangsung dengan poenuh gilang-gemilang pada 27 Mac lalu di sebuah hotel.

Pasangan serasi itu juga dilaporkan berkunjung ke pusat peranginan di Langkawi beberapa hari selepas perkahwinan mereka dengan alasan atas urusan perniagaan.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}