Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Banyak Membawa Mudarat Berbanding Manfaat…” - Neelofa Enggan Komen Isu Hubungan Ameera Khan dan Jefri Nichol

ROSTAM, Mohamad Firdaus
26 Aug 2025, 11:43 AM

“banyak membawa mudarat berbanding manfaat…” - neelofa enggan komen isu hubungan ameera khan dan jefri nicholFoto: Instagram

Pengacara dan usahawan tersohor tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa, mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung hubungan adiknya, Ameera Khan dengan pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol.

Neelofa yang kini berusia 36 tahun menjelaskan, beliau lebih selesa berdiam diri kerana khuatir sebarang kenyataan yang diberikan hanya akan menimbulkan salah faham serta mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat.

“Saya rasa lebih baik simpan komen itu untuk diri sendiri. Ada perkara yang tidak perlu dijawab kepada umum kerana ia mungkin membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat.

“Kalau kita jawab sekalipun, tetap akan ada pihak yang tidak bersetuju atau mengecam. Jadi lebih baik saya berdiam diri dan tidak memberikan sebarang penjelasan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Gala Pelancaran Penjenamaan Lindung anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) baru-baru ini.

Mengulas pertanyaan sama ada keluarganya merestui hubungan Ameera dan Jefri, Neelofa menegaskan bahawa perkara tersebut bersifat peribadi dan tidak wajar dibincangkan secara terbuka.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai kontroversi yang sering dikaitkan dengan adiknya. Neelofa berkata adalah tidak adil untuk orang ramai membuat perbandingan antara dirinya dengan Ameera kerana mereka menempuh laluan serta bidang yang berbeza.

“Sebenarnya tidak boleh samakan saya dengan Ameera kerana kami berada dalam bidang berbeza. Sekarang ini dunia media sosial sangat berpengaruh sehingga sesiapa sahaja boleh dikenali.

“Dulu orang hanya memberi perhatian kepada selebriti, tetapi berbeza dengan zaman sekarang. Ameera bukan pelakon, penyanyi atau pengacara, jadi situasi yang dia hadapi juga berbeza,” jelasnya.

Neelofa yang pernah melalui fasa kontroversi ketika kerjaya seninya berada di puncak mengakui kini memilih untuk lebih tenang. Beliau mahu memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting dalam kehidupannya seperti keluarga dan perniagaan yang diusahakan.

“Alhamdulillah saya sudah melalui fasa yang penuh cabaran dan kini berada di tahap yang lebih tenang. Fokus saya sekarang adalah pada keluarga, perniagaan dan perkara-perkara yang mendatangkan ketenangan dalam hidup,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) sering menjadi perhatian selepas beberapa kali memuat naik gambar dan video yang memaparkan kemesraannya bersama Jefri Nichol di media sosial.

Sumber: HibGlam

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us