Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Belum Selesai Kes, Neelofa Disiasat Lagi Akibat Tidak Pakai Pelitup Muka

Tindakan lanjut akan menyusul terhadap Neelofa.
Muhammad Izwan Zainal
21 May 2021, 06:00 PM

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa dilihat tidak memakai pelitup muka biarpun mengenakan niqab ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.

Gambarnya tular di media sosial itu mendapat perhatian pihak polis dan polis telah membuka kertas siasatan terhadap selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor akibat tidak memakai pelitup muka.

belum selesai kes, neelofa disiasat lagi akibat tidak pakai pelitup muka

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, kertas siasatan dibuka susulan Neelofa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka sepertimana diwajibkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ini termasuklah kepada mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh,” katanya.

belum selesai kes, neelofa disiasat lagi akibat tidak pakai pelitup muka

Tambahnya, penjelasan berkenaan SOP tersebut juga telah dikeluarkan oleh KKM setelah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos 2020.

“Oleh yang demikian, satu siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A)225/2021],” katanya.

Beliau juga menekankan pihak polis tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan bagi memastikan SOP terus dipatuhi setiap individu.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}