Selebriti popular Neelofa yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-33 hari ini meluahkan rasa syukur dengan kehadiran cahaya mata sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Neelofa juga memaklumkan puteranya itu sepatutnya dijangka lahir pada hari jadinya iaitu 10 Februari.
Malah, dia juga berkongsi gambar imbasan kehamilan menunjukkan EDD (AUA) bertarikh hari ini 10 Februari 2022.
Namun, Neelofa tetap bersyukur akan aturan yang disusun Allah SWT sehingga dia dikurniakan cahaya mata dan menjadi seorang ibu.
“Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia, tapi aturan dan waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik, hadiah teristimewa buatku, menjadikanku seorang ibu,” tulisnya di kapsyen.
Genap berusia 33 tahun, Neelofa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat anaknya di samping keluarga tercinta serta sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT.
“Semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah swt. Harta dunia akhirat Abah dan Ummi,” ujarnya lagi.
Selamat hari lahir yang ke-33 Neelofa!
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.