Selebriti versatil, Neelofa membuat kejutan apabila hadir di program MeleTOP bersama suaminya Haris Ismail pada Selasa.
Selepas hampir 2 tahun, Noor Neelofa binti Mohd Noor atau mesra disapa Neelofa kembali bersama Nabil di set MeleTOP namun sebagai tetamu bagi episod istimewa Hari Raya sahaja.
Nabil selaku pengacara bersama pengacara jemputan Elly Mazlein pada malam tersebut cuba menanyakan pelbagai persoalan kepada Neelofa mengenai kisah yang tular di media sosial.
Pelakon dan usahawan berjaya itu tular apabila berkongsi sebuah video yang jelas memaparkan dia dan suaminya sedang mengira duit raya cahaya mata mereka, Bilal.
Lebih RM14,000 jumlah keseluruhan duit raya yang diperoleh anaknya itu dan Neelofa menjelaskan ia hanya kiriman daripada keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan sahaja.
"Sebenarnya duit raya tu semua daripada keluarga, ada juga yang dari Kelantan kirimkan buat Bilal," katanya.
Pasangan itu juga tiada niat lain namun hanya mahu berkongsi sahaja kepada para peminat.
Apa jadi sebenarnya di sebalik kisah pasangan ini? Apa yang kecoh sangat di studio MeleTOP malam Selasa?
Saksikan video penuh di YouTube rasmi MeleTOP atau strim secara online, bila-bila masa di mana jua dengan aplikasi percuma Astro GO.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.