Pelakon, Norman Hakim menasihatkan pasangan yang baru bercerai agar muhasabah diri dan berusaha selamatkan perkahwinan atas dasar cinta.

Dipetik dari Gempak, pelakon berusia 43 tahun itu berkata ketika proses bercerai dengan Abby Abadi suatu ketika dahulu, beliau akur tentang soal hati dan perasaan yang tidak boleh dipaksa.
"Semua orang kalau boleh enggan menggegarkan tiang arasy Allah. Saya pun pernah melalui isu perceraian sebelum ini dan kita tahu sebenarnya ini sangat subjektif apabila berdepan dengan soal hati dan perasaan.
"Ia sekarang menjadi satu tabu apabila terjadinya satu perceraian, ia kemudiannya meleret ke pasangan lain pula.
"Sememangnya jodoh dan ajal itu di tangan Allah tetapi kita sendiri cubalah muhasabah diri dan mencari penyelesaian ketika tempoh edah itu supaya kita boleh menyelamatkan hubungan, terutama apabila pasangan itu sudah memiliki anak," katanya.

Kata Norman lagi, beliau menyarankan agar pasangan suami isteri memikirkan masa depan anak-anak yang tersepit antara ibu bapa yang berpisah.
"Kita tak boleh terlalu memikirkan kepentingan kita sebab kedua-dua pasangan ada keluarga.
"Seandainya masih ada peluang untuk menyelamatkannya, kita cubalah," tambahnya.
Norman dan Abby telah bercerai pada 2008 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Sumber: Gempak

Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.