Penyanyi, Siti Nordiana tidak menolak andai ditakdirkan bersama penyanyi kesayangan ramai, Khai Bahar.
Dipetik dari portal Sinar Harian, penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Nana berkata, peminat suka melihat kombinasi mereka berdua.
"Peminat ini... memang suka nak menjodohkan dengan artis yang mereka suka.
"Jadi perkara seperti itu saya memang tak boleh nak halang. Saya dengan Khai dah kenal lama sejak dari zaman dia suka smule lagi, malah show bersama.
"Hubungan kami memang baik tetapi tidak lebih daripada sebagai kawan. Tapi kalau dah dijodohkan dengan dia saya tak boleh nak buat apalah,", kata Nana.
Beliau yang kini berusia 34 tahun tidak menolak andai itu sudah ketentuan-Nya dan menyatakan bahawa usia bukan penghalang meskipun jarak usia berbeza.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.