Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

‘Oyen’ Mendonia! Nama Kucing Oren Malaysia Tular Hingga ke Amerika Syarikat

ROSTAM, Mohamad Firdaus
01 Jul 2025, 12:21 PM

‘oyen’ mendonia! nama kucing oren malaysia tular hingga ke amerika syarikatFoto: Tangkapan skrin layar TikTok

Gelaran “Oyen” yang merujuk kepada kucing berbulu oren, lazimnya digunakan dalam kalangan rakyat Malaysia, kini mendapat perhatian pengguna antarabangsa termasuk dari Amerika Syarikat.

Fenomena yang pada asalnya bermula secara santai dalam budaya internet tempatan kini memperlihatkan pengaruhnya semakin meluas.

Tular baru-baru ini, sebuah video dimuat naik oleh pencipta kandungan TikTok dari Amerika Syarikat, @Then8tiveDogfather, yang menyebut gelaran “Oyen” ketika merujuk kepada kucing peliharaannya. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa istilah tersebut mula dikenali di luar Malaysia dan menjadi sebahagian daripada bahasa budaya internet global.

Dalam video tersebut, beliau menyatakan:

 “My Oyen solos any other Oyen in the world”

Video berkenaan mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna TikTok termasuk dari Malaysia. Ia memperlihatkan seekor kucing oren peliharaan sedang beraksi sambil kapsyen jenaka digunakan, seolah-olah kucing itu mempunyai kehebatan tersendiri berbanding kucing oren lain.

 

@then8tivedogfather Replying to @norsahirah24 My Oyen solos any other oyen in the world. 🇺🇸 Oliver takes orange cat activities personal😤#oyen#orangecatsoftiktok#orangecatactivities#dogsoftiktok#n8tivedogfather#malaysia#indonesia#fyp #screammovie #VozDosCriadores ♬ Menace - Slowed + Reverb - visioner.

 

Nama “Oyen” disebut secara langsung, menunjukkan bahawa istilah tersebut bukan sahaja difahami malah diguna pakai oleh pencipta kandungan luar negara.

Antara komen yang ditinggalkan oleh pengguna Malaysia termasuk:

 “Oyen dah mendonia!”
 “Oyen export ke US, kita bangga.”

Gelaran “Oyen” sememangnya popular di Malaysia dan sering dikaitkan dengan perangai nakal, comel, serta spontan kucing oren. Ia menjadi bahan gurauan dan kandungan kreatif sejak beberapa tahun lalu, sama ada dalam bentuk meme, video mahupun lukisan digital.

Namun kemunculan nama ini dalam kandungan dari Amerika Syarikat menandakan satu anjakan budaya yang jarang berlaku bagi istilah yang bersifat tempatan.

Tinjauan di TikTok mendapati tanda pagar #oyen telah mencatat puluhan juta tontonan. Video-video berkaitan turut muncul di pelbagai negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia dan Singapura, namun kemunculan gelaran ini dalam kandungan Barat dilihat sebagai fenomena baharu yang mengejutkan ramai.

Fenomena ini menjadi bukti bahawa istilah dan ekspresi budaya tempatan boleh berkembang melangkaui sempadan geografi apabila disebarkan melalui platform digital. Ia juga menunjukkan bagaimana sesuatu yang kecil dan bersifat santai seperti nama seekor kucing boleh menjadi simbol yang menyatukan pengguna media sosial dari pelbagai negara.

Sumber: TikTok @Then8tiveDogfather

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us