Penyanyi Naim Daniel meluahkan rasa kesal kepada sesetengah individu yang menjadikan angka kes positif COVID-19 itu sebagai bahan gurauan mereka.
Naim yang juga pengguna Twitter mengakui pernah membuat kesilapan dan membuat kenyataan yang berunsur sindiran tetapi perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
“Aku tahu sebagai pengguna Twitter, aku pun kuat untuk memberikan sindiran pedas kepada sesetengah pihak tetapi kali ini aku tak boleh nak setuju.
“Angka yang korang cakap tu mungkin ada keluarga orang lain, kawan-kawan kita.
“Kita tak boleh nak membangga-bangga hal ini sebab masing-masing dah besar untuk kita fikir sendiri,” katanya.
Pelantun lagu Purnama juga berpesan pengikutnya supaya menjaga percakapan dan penulisan setiap kali ingin berkongsi lebih-lebih lagi isu sebegini.
“Kalau tak boleh jadi sensitif, jadi manusia itu sahaja, kata-kata itu kan doa jadi korang pandai-pandai lah fikir,” ujarnya lagi.
Naim juga berharap hujahnya ini dapat sampai kepada individu di luar sana yang tidak sensitif akan situasi semasa.
Sumber: Instagram Naim Daniel
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.