Pelakon, Nadzmi Adhwa telah selamat bernikah bersama Ardell Aryana, yang juga pernah menjadi rakan baiknya sebelum ini.

Menurut Nadzmi, beliau mengakui rasa kekok dan sukar meluahkan kata-kata romantis kerana perasaan malu.
“Tak tercapai akal bila dia meminang, malah selepas akad kami masih malu-malu. Yalah, dia kawan baik saya, dulu selalu bergurau kasar, panggil pun ‘aku dan kau’ tiba-tiba dalam masa beberapa hari kena tukar panggilan yang manja, memang segan.
“Saya memang sudah lama sukakan dia, namun dia kerap menolak. Sekarang kami baru dalam proses bercinta, memang seronok dan rasa sangat bahagia,” katanya kepada Utusan Online.
Tambah Nadzmi lagi, beliau juga tidak meletakkan syarat kepada isterinya untuk terus berlakon, malah memahami tugas dan kerjaya masing-masing.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.