Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Lagu Rayuan Perempuan Gila Dapat Restu Nadin Amizah Untuk Filem Sulung Arahan Reza Rahadian

ROSTAM, Mohamad Firdaus
30 Oct 2025, 11:19 AM

lagu rayuan perempuan gila dapat restu nadin amizah untuk filem sulung arahan reza rahadianFoto: Instagram

Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian, mendedahkan bahawa filem sulung arahannya berjudul Pangku sarat dengan sentuhan peribadi yang dekat dengan dirinya. Antara elemen paling istimewa ialah keputusan Reza untuk menggunakan lagu Rayuan Perempuan Gila nyanyian Nadin Amizah sebagai runut bunyi utama filem tersebut.

Reza menjelaskan bahawa proses mendapatkan kebenaran menggunakan lagu berkenaan bukanlah mudah. Sebelum diberikan keizinan rasmi, beliau perlu menghantar naskhah penuh filem Pangku kepada Nadin supaya penyanyi itu dapat memahami keseluruhan konteks penceritaan.

Menurut Reza, lagu Rayuan Perempuan Gila begitu menyentuh emosinya sejak kali pertama didengar.

“Saat lagu itu dimainkan, wajah yang terus terlintas di fikiran saya ialah ibu saya. Bagi saya, beliau cukup ‘gila’ dalam erti kata positif seperti kekuatan, ketabahan dan cinta yang luar biasa sebagai seorang wanita,” katanya.

Selepas menyesuaikan lagu itu dengan beberapa babak penting dalam Pangku, Reza mendapati ia menggambarkan dengan sempurna perjalanan watak utama bernama Sartika, seorang wanita yang kuat namun sarat dengan luka batin.

Apabila merasakan lagu itu benar-benar tepat untuk filemnya, Reza menghubungi Nadin bagi memohon izin rasmi. Namun, penyanyi berkenaan menegaskan bahawa beliau mahu membaca skrip terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Reza kemudian menghantar naskhah penuh Pangku kepada Nadin untuk diteliti.

Beberapa hari selepas itu, Nadin meminta untuk bertemu secara bersemuka. Dalam pertemuan tersebut, penyanyi berjiwa seni itu menyatakan persetujuannya dengan alasan yang cukup menyentuh. Menurut Reza, Nadin berkata bahawa keputusan itu bukan kerana nama besar Reza semata-mata, tetapi kerana beliau melihat Pangku sebagai “rumah yang tepat” untuk lagunya.

“Kalimat pertama yang keluar dari mulutnya ialah, ‘Ini bukan kerana Kak Reza, tapi kerana ceritanya. Saya sudah menemui rumah untuk Rayuan Perempuan Gila.’ Saat itu, saya benar-benar terharu,” cerita Reza dengan senyuman.

Lebih menarik, Pangku menjadi satu-satunya filem yang menerima keizinan rasmi daripada Nadin Amizah untuk menggunakan lagu Rayuan Perempuan Gila sebagai runut bunyi. Bagi Reza, kepercayaan itu amat besar maknanya, apatah lagi filem tersebut menandakan langkah pertamanya sebagai pengarah.

“Saya sangat berterima kasih kerana Nadin memberi ruang kepada lagu indah itu untuk hidup di dalam filem ini. Ia satu penghormatan besar buat saya,” ujar Reza.

Filem Pangku dijadualkan tayang di pawagam seluruh Indonesia pada 6 November 2025. Mengisahkan kisah mengharukan di sebuah kedai kopi di kawasan Pantura, filem ini menyorot hubungan kemanusiaan, pengorbanan dan kasih sayang dalam bentuk yang paling jujur.

Sumber: ANTARA News

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us