
Kredit gambar utama: Instagram @nabila.razali
Ramai yang mengatakan Nabila Razali yang popular dengan lagu Pematah Hati tak mampu menyanyi secara live dengan baik. Bagi Nabila, bukanlah sesuatu yang mudah untuk puaskan hati semua pihak.
"Saya rasa semua orang ada kebolehan untuk menyanyi.
"Dan… saya juga tahu dari dulu lagi orang cakap saya tak boleh nyanyi live.
“Mungkin itu kelemahan saya, tapi saya juga cuba dengan sedaya upaya saya,” katanya.
Pun begitu, gadis berusia 26 tahun ini mengakui menerima setiap kritikan dengan hati terbuka.
“Saya hanya ambil setiap kritikan daripada sudut positif.
“Tapi, saya enggan mengambil peduli jika kritikan tersebut berniat untuk menjatuhkan semangat sendiri,” katanya.
Nabila juga merupakan penyanyi kepada lagu rasmi filem Lee Chong Wei.
Sumber: Malaysian Digest
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.