Penyanyi, Nabila Razali berkongsi mengenai kisah putus cinta yang dibawa dalam single terbaharunya ‘Putus’.
Nabila menceritakan lagu Putus ini adalah kesinambungan daripada lagu sebelum ini yang berjudul ‘Peluang Kedua”.
Tidak dinafikan, setiap individu akan melalui detik kisah cinta bersama pasangan mereka dan Nabila juga tujukan lagu ini khas buat peminat-peminat.
“Untuk lagu Putus ni sambungan daripada Peluang Kedua sebab iyalah manusia kan, dia ibarat tak nak dah bagi peluang kedua tapi terus minta putus.
“Mana tahu ada yang boleh relate dengan kisah cinta mereka ke bila dengar lagu saya, sebab kalau kita putus mana tahu lebih baik akan datang kan,” kata Nabila ketika ditemubual JoHaRa Pagi ERA.
Penyanyi berusia 29 tahun ini juga berharap para peminat dapat menerima lagu Putus ini dan muzik video sudah dalam perancangan untuk dilakukan.
“Korang kena tengok dan dengan lagu ni dah ada, cuma muzik video nantikan lah bukan sekarang lagi,” katanya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.