Baru-baru ini, penyanyi Nabila Razali telah berkongsikan video menerusi laman Instagram miliknya.

Video yang memaparkan gelagat Nabila sedang menyanyi dalam bilik air telah mencuri tumpuan ramai khususnya pengikut setia Nabila.

“Korang pun mesti pernah menyanyi dalam toilet sambil cuci muka kan? Bella pun sama!” tulis Nabila pada kapsyen.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata peminat memuji kemerduan suara nyanyian Nabila, hingga ada yang melting selepas melihat video berkenaan.

Korang suka menyanyi dalam toilet tak?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.