Baru-baru ini, tular video dimana penyanyi, Nabila Razali terkucil ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua menerusi program siaran langsung, Mega Raya Ria.
Video yang mendapat perhatian warganet ini telah mengundang pertikaian ramai hingga ada yang mempersoalkan kemampuan vokal Nabila dalam menyanyikan lagu itu.
Selepas mendiamkan diri, Nabila tampil memberikan kenyataan di laman Instagramnya, semalam.

Menurut Nabila, beliau meminta maaf atas apa yang berlaku sambil berjanji akan membaiki dirinya. Beliau juga tidak menyalahkan sesiapa, sebaliknya kesilapan itu adalah daripada dirinya sendiri.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis memberikan kata-kata semangat, sambil menitipkan nasihat yang positif kepada penyanyi ini.

Sumber: Instagram / Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.