Penyanyi, Nabila Razali terpaksa menolak tawaran menyanyi serta kerja yang memerlukannya banyak bercakap kerana masalah peti suara yang dialami belum pulih sepenuhnya.
Menurut penyanyi lagu Peluang Kedua ini, beliau dinasihatkan oleh doktor untuk berehat kerana kesan jangka masa panjang amatlah bahaya.
Beliau sedar akan masalah ini ketika melakukan persediaan untuk sebuah pertandingan nyanyian baru-baru ini dan segera mendapatkan rawatan.
Doktor yang merawat Nabila juga memberitahu masalah ini memang berkait dengan kesihatannya dan ia juga pernah terjadi kepada rakan artis lain yang memerlukan masa berbulan malah bertahun untuk pulih.
Meskipun terpaksa akur dengan masalah yang dialami, beliau bersyukur kerana rezeki lain seperti duta produk menjadi semakin murah ketika ini.
Sumber: [1]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.