Pelakon, Nabila Huda telah mencuri perhatian warganet apabila tular foto dirinya berselfie bersama seekor anjing daripada baka Husky Siberia.
Namun begitu, belum sempat netizen membuat sebarang spekulasi dan andaian, Nabila telah menerangkan pada ruangan kapsyen bahawa dia sudahpun samak dan membersihkan diri.
“Hello Everybody! (Relax, saya dah cibuk muka saya dan samak)” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Dalam perkembangan lain, Nabila bersama keluarganya kini sedang bercuti di New Zealand sejak 16 Oktober lalu sambil mengembara mengelilingi negara berkenaan menggunakan karavan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.