Pelakon berkaliber, Nabila Huda meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir individu yang sering mengata mengenai bentuk badan seseorang dan melakukan 'body shaming'.
Menerusi hantarannya di laman Instagram, Nabila mendedahkan sudah mengendahkan beberapa produksi yang sering menjadikan saiz badan sebagai ukuran seseorang anak seni.
“Serius, benda pasal 'body shaming' ini, atau jumpa orang yang masih tak boleh faham dengan bentuk badan dulu dan sekarang, nak banding-bandingkan dan kata 'eh, dah gemuklah sekarang', saya dah senarai hitam beberapa produksi!.
“Sedangkan syarikat produksi pun saya boleh senarai hitam sebab keluarkan kata-kata ini, bayangkan bagaimana pula dengan kamu yang tak ada kena mengena dalam hidup saya,” tulisnya.
Tambahnya, Nabila sebagai anak seni mengetahui tugas dan tanggungjawabnya apabila ditawarkan sesuatu watak untuk berlakon
“Seorang pelakon tahu apa tugas dia, apa watak dia, apa dia kena buat dan apa saiz yang sesuai dengan watak dia. Itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab untuk pastikan saiz badan kita sesuai dengan watak.
“Seorang pelakon boleh saja nak kurus atau gemukkan badan dia ikut pada permintaan watak. Tak payah nak bandingkan saiz badan dengan tawaran kerja tahun 1998 dengan 2021,” katanya.
Nabila Huda berharap agar semua pihak menghentikan dengan melakukan ‘body shaming’ sesuka hati kepada mana-mana pihak kerana ia boleh melibatkan emosi dan perasaan seseorang.
“Semua orang cantik dalam apa jua cara mereka ada, henti membandingkan, henti mengadili,” ujarnya.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.