Kredit gambar utama : Instagram @nabilzira
Yang menjadikan seseorang selebriti itu kekal di dalam industri adalah bila mereka tahu menghargai peminat yang selama ini menyokong kerjaya mereka.
Sempena 10 tahun pembabitan dalam bidang seni, Nabil Ahmad ingin membawa peminatnya menunaikan umrah pada bulan Ramadan tahun ini. Tahun lalu, Nabil berpeluang mengerjakan umrah semasa Ramadan namun di bawah penganjur.
Kali ini beliau sendiri yang menganjurkan program ini khas untuk peminatnya.
“Ini adalah hadiah istimewa untuk mereka (peminat setia) kerana tanpa mereka, saya tidak akan berada pada tahap sekarang.
“Jika sebelum ini, saya ke Tanah Suci Makkah dibawa penganjur dan kali ini, saya mahu bawa peminat pula.
“Jika diizinkan Allah SWT, saya mahu berpuasa dan mengerjakan umrah bersama peminat di Tanah Suci Makkah kerana ia juga memenuhi impian ramai orang,” katanya.
“Tawaran dibuka hari ini dan nama peminat terpilih mengerjakan umrah ini akan diumum pada majlis ulang tahun ke-10 saya dalam bidang seni pada 24 Mac ini,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.