Tunang kepada pelakon Ayda Jebat, Nabil Mahir, telah berkongsi pendapatnya sendiri mengenai kebanyakkan sikap warganet khasnya di Instagram.
Menurut pengacara berusia 32 tahun itu, beliau mempersoalkan tindakan segelintir orang yang sanggup membuat akaun palsu, semata-mata mahu mengutuk dan memaki seseorang.
“Ramai kat Instagram ni suka caci orang pasal agama tapi diri sendiri dan orang terdekat tak terjaga. Kelakar ramai yang sampai sanggup buat fake account sekadar nak kutuk maki. Best ke?”
Dikesempatan itu, Nabil turut memohon maaf andai dirinya ada melakukan kesilapan, disamping mendoakan semua agar dipermudahkan segala urusan serta diberi kebahagiaan.
"Maafkan saya terlebih terkurang, kita manusia sama, harap diampunkan. Saya doakan kepada semua moga apa-apa masalah yang anda lalui, moga dipermudahkan dan diberi kebahagiaan. Amin.", tulis Nabil.
Terdahulu, Nabil Mahir dan Ayda Jebat telah bertunang secara atas talian semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 28 April lalu.
Sumber: Instagram Nabil Mahir
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.