Pengacara dan pelakon, Nabil Mahir mengakui hubungan rapat bersama penyanyi Ayda Jebat tidak lebih sekadar kawan biasa.
Menurut Nabil, persahabatan mereka berdua terjalin sejak Ayda berkawan rapat dengan Redza Rosli lagi.
“Jujurnya, apabila timbul cerita mengatakan kami bercinta, saya memang terkejut. Bukan saya sahaja, keluarga dan rakan terdekat juga terkejut dengan berita berkenaan. Mereka turut meminta kepastian, apakah cerita itu benar ataupun sekadar gosip?
“Mungkin berikutan masing-masing masih single, ia menyebabkan ramai mengaitkan saya dan Ayda bercinta.
“Kami memang berkawan, namun tiada langsung kaitannya dengan soal sedang dalam fasa mengenali hati budi atau sebagainya,”
“Bagi saya, Ayda sama seperti kawan perempuan yang lain. Berkawan tidak semestinya kena selalu lepak bersama atau perlu mengadu masalah.
“Asalkan mempunyai persefahaman dan minat sama, ia sudah memadai untuk menjadikan kami sahabat,”, katanya seperti dipetik dari Media Hiburan.
Terdahulu timbul dakwaan kononnya kedua-dua selebriti ini bercinta apabila Nabil meninggalkan komen “I Love You” dilaman Instagram Ayda.
Malah, mereka juga pernah mengenakan pakaian sedondon dalam sebuah acara baru-baru ini.
Sumber: Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.