Tak sanggup melihat tunang sakit kaki akibat kasut tumit tinggi, pengacara Nabil Mahir menjadi ‘gentleman’ memberikan kasut yang dipakainya kepada Ayda.
Ayda meluahkan rasa terharu dan bangga mendapat pasangan yang sanggup berkorban melakukan perkara itu tanpa rasa malu.
“Terima kasih kerana membawa kegembiraan dalam hati saya, keindahan ke dunia saya dan cinta kepada hidup saya. Terima kasih kerana mencintai saya dengan sepenuh hati, sayang.
“Posing macho, cuba swipe left. Hati selembut sutera. Lelaki kata, bukan takut bini tapi sayang bini. Terima kasih untuk semuanya, Wuvv”, tulis Ayda.
Rata-rata netizen di ruang komen memuji tindakan Nabil yang dilihat sebagai seorang lelaki yang pandai melayan bakal isterinya seperti seorang puteri.
Terdahulu, Nabil mengikat tali pertunangan dengan Ayda pada 28 April lalu secara atas talian, bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.