
Salah satu penyampai radio ERA FM, Nabil Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad sanggup turun padang bersama ratusan rakyat Malaysia yang lain untuk menyambut kepulangan wira-wira kebanggaan kita dari Olimpik Paris 2024.
Nabil Ahmad berkesempatan untuk bergambar dengan pemain perseorangan badminton negara iaitu Lee Zii Jia dengan bantuan nenek Zii Jia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 10.20 pagi tadi.
Sebelumnya, Nabil telah mula beramah-mesra bersama orang ramai yang juga menunggu kepulangan wira-wira negara sejam awal pagi lagi dan salah seorang daripada mereka merupakan nenek kepada Lee Zii Jia.
Menerusi hantaran yang dimuat naik pada laman media sosial Instagram ERAfm, Nabil memanggil pemain nombor enam dunia itu untuk bertemu dengan neneknya yang turut berada di lokasi tersebut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.