Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Mahu Berdakwah Kepada Rakan Artis, Nabil Ahmad Pohon Doa Peminat

Semoga dipermudahkan urusan Nabil dalam menyebarkan dakwah
Muhammad Izwan Zainal
19 Apr 2021, 06:00 PM

Penghibur versatil tanah air, Nabil Ahmad kini semakin fokus dalam mengejar amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Penghijrahannya itu kian mendapat perhatian ramai apabila dia berhasrat ingin belajar memperbaiki diri untuk bekalan di akhirat.

mahu berdakwah kepada rakan artis, nabil ahmad pohon doa peminat

Menurut Nabil, dia sentiasa meminta panduan dan nasihat daripada para peminat untuk terus istiqamah dalam penghijrahannya.

“Saya hanya minta (warganet) terus doakan saya istiqamah sebab agama ini tidak bermusim. Kalau nak tahu, tawaran mengacarakan program agama pun datang selepas saya berhijrah.

“Kalau dia datang sebelum saya berhijrah, mungkin saya sendiri tak bersedia nak ambil job tersebut sebab bukan mudah nak kendalikan rancangan agama kalau kita tidak ada kefahaman tentang agama itu sendiri.

“Salah satu sebab saya setuju buat program ini kerana nak jumpa ustaz-ustaz hebat agar mereka dapat terus doakan saya istiqamah dalam penghijrahan. Penghijrahan saya bukan bermusim sebab setiap masa sebenarnya kita kena dekat dengan agama,” katanya lagi.

mahu berdakwah kepada rakan artis, nabil ahmad pohon doa peminat

Kebiasaannya, ramai selebriti akan meninggalkan dunia seni setelah berhijrah tetapi lain bagi Nabil.

Pengacara, pelawak dan panyampai radio ERA itu menganggap ia satu tanggungjawab buatnya untuk berdakwah kecil dalam kalangan rakan-rakan selebriti agar perkara itu dapat dikongsikan bersam mereka.

“Saya minta Allah SWT beri saya kekuatan untuk buat dakwah kecil di kalangan rakan-rakan selebriti. Mereka semua ini baik tapi tiada kejayaan kalau tidak ikut sunnah yang dianjurkan oleh Nabi.

“Saya bagi contoh Cristiano Ronaldo baik dan suka buat amal tapi selagi dia tidak mengucap dua kalimah syahadah, tempat dia bukan di syurga,” katanya.

Tambahnya lagi, bulan Ramadan ini Nabil memenuhi masa beribadah bersama keluarga dan cuba mengurangkan kerjaya seni bagi memberikan fokus sepanjang bulan suci ini.

“Untuk bulan puasa ini, saya fokus mengaji, baca Al-Quran dan hadiri majlis-majlis agama serta meraikan anak-anak yatim sepanjang bulan ini,” ujarnya lagi.
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}