Kumpulan BLACKPINK, sekali lagi meraih rekod pencapaiannya tersendiri hari ini.
Menerusi lagu ‘Ice Cream’, kolaborasi bersama Selena Gomez telah berjaya melepasi rekod 400 juta tontonan di YouTube hari ini.
Ia selepas 2 bulan, 19 hari dan satu jam dimuatnaik di YouTube pada 28 Ogos 2020 lalu.
Lebih membanggakan, ia merupakan muzik video ke-8 kumpulan berkenaan yang berjaya meraih lebih 400 juta tontonan selepas “Whistle,” “Playing With Fire,” “Kill This Love,” “DDU-DU DDU-DU,” “BOOMBAYAH,” “As If It’s Your Last,” dan “How You Like That.”
Sumber: YG Family
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.