Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura telah mencuri perhatian peminat apabila mereka kembali merakamkan lagu raya 'Seloka Hari Raya' sempena Aidilfitri kali ini.
Apa yang menarik mengenai lagu raya mereka kali ini adalah muzik video yang cukup menarik dan comel, dalam versi animasi ringkas.
Memetik laporan Media Hiburan, Fattah mengakui lagu tersebut mempunyai auranya yang tersendiri, sehinggakan membuat dia dan Fazura bermina merakamkan semula mengikut cara mereka tersendiri.
“Semua orang tahu lagu ini ada tarikan yang tersendiri dan diminati ramai. Justeru apabila pihak label, Univeral Music Malaysia memberikan idea untuk kami merakamkan lagu ini, kami terus bersetuju.
“Saya sangat suka dengan versi baharu lagu ini yang ada unsur remix hasil gubahan komposer dan juga teman saya, Mel Ramlan,” kata Fattah.
Tambah lagi, lagu berkenaan dirakamkan sebelum pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berasingan kerana Fattah sibuk dengan penggambaran drama.
Disebabkan PKP jugalah, muzik video lagu berkenaan terpaksa digantikan dalam versi animasi kerana penggambaran terpaksa dibatalkan, kata Fazura sambil berharap agar peminat menyukai lagi berkenaan.
Sumber: Media Hiburan / Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.