Penyanyi, Daiyan Trisha meluahkan rasa sedih dan terkilan selepas segelintir individu mentertawakan muzik videonya, I Wanna See Ya.
Ia berikutan sikap segelintir warganet yang mentertawakan hasil kerjanya menerusi ruang komen dilaman Youtube.
"Saya terperanjat apabila membaca beberapa Tweet berkenaan muzik video saya dan punca mengapa jumlah tontonannya sedikit. Saya sedih!
"Ia sudah lebih sebulan dimuat naik dan hanya ada 100,000 lebih tontonan. Tetapi kenapa kalian mentertawakan kerja keras saya?
"Kenapa gelakkan visual dan kualiti muzik hanya kerana anda tidak berminat? Sebenarnya ia tidak mematahkan semangat saya cuma mencetuskan pelbagai tanda tanya," tulisnya.
Tweet oleh Daiyan Trisha ini nyata menarik perhatian penyanyi, Yuna yang tampil memberikan kata-kata semangat buat beliau.
Muzik video I Wanna See Ya telah menjalani pengambaran diluar negara dan dimuatnaik di Youtube sejak 20 September lalu.
Sehingga artikel ini ditulis, muzik video berkenaan mendapat jumlah tontonan 107,583 view.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.