Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Mustahil Zara Qairina Dimasukkan Ke Dalam Mesin Basuh…” - Pakar Patologi

ROSTAM, Mohamad Firdaus
04 Sep 2025, 01:45 PM

“mustahil zara qairina dimasukkan ke dalam mesin basuh…” - pakar patologiFoto: Bernama

Inkues kematian Zara Qairina Mahathir, 13, semalam mendedahkan keterangan pakar patologi forensik bahawa adalah mustahil untuk memasukkan remaja itu ke dalam mesin basuh.

Dr Jessie Hiu, 58, dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth berkata, faktor berat mangsa yang mencecah 53 kilogram tidak memungkinkan perkara tersebut berlaku.

“Mesin basuh yang ditemui di lokasi adalah jenis domestik, bukan industri. Saya tidak fikir mesin itu boleh berfungsi dengan beban seberat 53 kilogram,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad di hadapan Koroner, Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.

Beliau turut memaklumkan menemui sebuah mesin basuh di tingkat bawah bangunan, berhadapan tangga ketika lawatan ke lokasi kejadian.

Laporan sebelum ini mendapati Dr Hiu memberitahu mahkamah bahawa Zara Qairina juga tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari posisi berdiri di tepi penghadang konkrit koridor asrama sekolahnya.

Berdasarkan ukuran ketinggian penghadang serta tubuh mangsa, beliau berpandangan ada kemungkinan remaja itu memanjat sebelum melalui palang logam terbabit.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lalu, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar kira-kira jam 4 pagi.

Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 8 Ogos lalu mengarahkan kuburnya digali semula bagi tujuan bedah siasat, sebelum mengumumkan pada 13 Ogos bahawa inkues akan dijalankan selepas meneliti siasatan polis.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us