Penyanyi baru, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 18, semakin mendapat perhatian peminat dalam industri seni tanah air, lagi-lagi dengan lagunya yang kini hit berjudul Teman.
Lagu yang sering juga digunakan menerusi aplikasi TikTok ini, nyata telah berjaya mengembangkan nama Iman Troye yang kini mempunyai lebih dari 1.1 juta pengikut di Instagram.
Terbaru, Iman berkongsi cabaran menggunakan lagu Teman, namun dengan mimik muka yang buruk.
“Asyik challenge buat muka comel je! Kalini kita buat challenge muka buruk pulak! Berani tak berani? Iman tunggu k,” ujarnya diruangan kapsyen.
Meskipun diminta berbuat muka buruk, rata-rata peminat memuji Iman tetap kelihatan cantik dan comel, hinggakan videonya itu ditonton ribuan kali oleh peminat di Instagram.
Sumber: Instagram Iman Troye
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.