Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Moon Ga-young Puji Munabella Fasih Berbahasa Korea

ROSTAM, Mohamad Firdaus
11 Aug 2025, 11:56 AM

moon ga-young puji munabella fasih berbahasa koreaFoto: Instagram

Pelakon popular Korea Selatan, Moon Ga-young, meluahkan rasa kagum terhadap keupayaan penyampai radio Era FM dan personaliti media sosial Malaysia, Munabella, yang mampu berbahasa Korea dengan fasih.

Pengakuan itu dibuat ketika sidang media ringkas sempena acara tayangan khas drama bersiri Law and the City yang berlangsung di ibu negara, menjelang pertemuan istimewa bersama peminat pada 10 Ogos ini.

Moon Ga-young, yang terkenal menerusi lakonannya dalam pelbagai drama popular, menyatakan bahawa beliau tidak menyangka Munabella dapat bertutur dalam bahasa ibundanya dengan begitu lancar.

“Saya benar-benar terkejut gaya percakapannya sama seperti penutur asli anda sangat bagus,” ujar Ga-young dengan senyuman.

 

 

Acara yang dinanti-nantikan ini turut menampilkan pelakon utama Law and the City, Lee Jong-suk, yang bersama-sama Ga-young akan bertemu peminat di Malaysia.

Majlis tersebut telah berlangsung pada 10 Ogos di sebuah lokasi terkemuka di Kuala Lumpur, di mana peminat akan berpeluang menyaksikan sesi ramah mesra serta tayangan eksklusif drama tersebut.

Menurut laporan portal hiburan antarabangsa, Pinkvilla, kehadiran dua bintang Korea ini ke Malaysia adalah sebahagian daripada rangka promosi global drama berkenaan, yang kini sedang ditayangkan di saluran tvN dan platform penstriman pilihan.

Law and the City menampilkan kisah penuh konflik, emosi dan elemen romantis yang menggabungkan latar dunia perundangan dengan kehidupan bandar yang penuh cabaran.

Peminat tempatan pastinya teruja, bukan sahaja kerana berpeluang melihat bintang pujaan mereka dari dekat, malah kerana Malaysia kini menjadi salah satu destinasi penting dalam agenda promosi drama Korea berprofil tinggi.

Sumber: Instagram, Pinkvilla

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us