Noh salleh yang merupakan penyanyi dan juga vokalis kumpulan Hujan merasa teraniaya apabila bekas isterinya, Mizz nina menarik semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkat mereka, Musa.
Muhammad Noh Salleh atau lebih dikenali sebagai Noh yang di temui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pagi tadi berkata, dia percaya dirinya memerlukan kebenaran atas apa yang berlaku.

"Saya terkejut, dia (Mizz Nina) minta saya datang mahkamah, kemudiannya tarik kes. Ketika proses sulh pun tiada apa yang terjadi. Jadi, kita tunggu esok di hadapan hakim.
"Harapan saya semoga ada kebenaran kerana saya sudah dianiaya di hadapan khalayak ramai. Saya hanya mahu kebenaran.
"Saya tidak menculik Musa. Ketika itu, saya ada persembahan di Sabah. Kalau culik saya akan sorok. Tapi, saya tunjuk Musa ada dengan saya. Saya juga mencari Mizz Nina untuk berbincang,"
Mizz nina atau nama sebenarnya Shazria Azman, 44, mengakui ia disifatkan sebagai satu pengkhianatan dan memberikan kesan emosi kepdanya, kerana dia tidak dapat berjauhan dengan anak angkatnya selama itu. Malahan pula Mizz Nina merupakan ibu susuan Musa.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.