Artikel ini ditaja oleh Toyota Malaysia

Kredit: Toyota Malaysia, Edit: ERA
Dunia makin maju, makin modern jadi banyak lah kenderaan elektrik (EV) dikeluarkan.
Tapi ada satu masalah utama yang buat ramai keliru, iaitu jenis teknologi EV yang digunakan.
Bukan tu je tau, rupanya banyak mitos tentang Hybrid yang masih berlegar-legar di internet.
Jadi jom kita clearkan kekeliruan sama ada mitos atau fakta!
Maksud Sebenar EV, Hybrid & Plug-in Hybrid! Jom Kita Kasi Jelas!
Maksud EV (Electric Vehicle)
EV adalah kenderaan yang menggunakan 100% elektrik sebagai bahan utama untuk bergerak. Kena charge guna plug dan tak guna minyak langsung.
Maksud Plug-in Hybrid (PHEV)
PHEV pula adalah kenderaan yang menggunakan minyak + bateri, namun yang membezakan dengan hybrid adalah ia perlu dicas.
Maksud Hybrid (HEV)
HEV pula adalah kenderaan yang menggunakan minyak + motor elektrik untuk bergerak.
Tak perlu charge dan paling senang untuk daily drive.
Dah faham maksud ketiga-tiga teknologi ini? Jom kita lihat apa mitos dan fakta tentang Hybrid yang ramai keliru.
4 Mitos Hybrid Korang Perlu Tahu!
Mitos 1: Hybrid tak cukup power
Fakta: Tak tepat! Contoh terbaik adalah sistem dwi-kuasa yang ada dalam kebanyakan kenderaan Hybrid Toyota. Teknologi ini menawarkan pecutan lebih lancar dan responsif berbanding kereta petrol biasa.
Nak drive dekat bandar atau kampung, nak pecut laju sikit potong kenderaan, semuanya lancar!
Mitos 2: Hybrid menyusahkan sebab kena charge selalu
Fakta: Tak tepat! Bayangkan korang tengah drive, jalan atau brake, ketika ini lah kereta Hybrid akan charge sendiri secara automatik!
Plus point untuk Hybrid adalah ketika traffic slow atau jem, motor elektrik ambil alih, jadi kuranglah penggunaan petrol.

Kredit: Toyota Malaysia
Korang boleh lihat proses pengecasan digunakan Toyota Corolla Cross Hybrid dalam gambar atas ni.
Mitos 3: Hybrid mahal nak jaga
Fakta: Ini pun kurang tepat. Contohnya komponen Hybrid Toyota direka tahan lama, cekap dan kurang haus menjadikan kos penyelenggaraan lebih rendah dalam jangka masa panjang.
Jadi pemilikan Hybrid kekal berbaloi dan mesra poket.
Mitos 4: Hybrid jimat minyak dalam bandar je
Fakta: Toyota Hybrid jimat minyak di bandar dan juga lebuh raya. Motor elektrik membantu semasa cruising dan pecutan, jadi korang boleh pecut lebih jauh termasuk kenderaan besar seperti Innova Zenix Hybrid.
Jadi clear tak tentang mitos Hybrid? Rasa terus nak beralih kepada Hybrid kan!
Line Up Hybrid Toyota Korang Patut Try!
Kredit: Toyota Malaysia
Kalau ada perancangan beralih daripada kereta petrol ke Hybrid, korang boleh pertimbangkan model Toyota Hybrid popular seperti Corolla Cross Hybrid, Camry Hybrid yang premium dan Innova Zenix Hybrid yang luas.
Pilihan terbaik untuk pengguna yang sukakan teknologi moden.
Jom je bilik pameran Toyota terdekat untuk pandu uji Corolla Cross Hybrid, Camry Hybrid atau Innova Zenix Hybrid
Info lanjut check out 👉 toyota.com.my.