Tahun pertama menyambut bulan Ramadan setelah bergelar isteri, pelakon Mira Filzah berkata, dia tidak mempunyai banyak masa bersahur dan berbuka dengan suami, Wan Emir Astar atas komitmen kerja.
Menurut hantaran di akaun Instagramnya, mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, jadual kerjanya yang berubah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terpaksa ditunda sehingga akhir Ramadan.
“Tengok tengok, jadual shooting dah anjak masuk sampai akhir puasa. (disebabkan MCO hari tu. bukan salah sesiapa). Sorry Sayang. Terima kasih sebab memahami.
“Mungkin tahun ni boleh kira berapa kali je dapat sahur dan berbuka bersama Emir, Mak, Abah, keluarga lain, Atuk dengan Opah lagi lah," katanya.
Tambahnya lagi, Mira menganggap jika niat yang betul, kerja ini satu tanggungjawab dan ibadah.
Terdahulu, dia hanya menemani ibunya memasak hidangan untuk bersahur dan berbuka tetapi kini berbeza dan perlu membiasakan diri untuk menjalankan tugas itu.
“Tahun pertama berpuasa, sebagai seorang isteri. Sebelum kahwin hari tu dah macam macam fikir.
“Tak ada dah bangun-bangun sahur terus makan Mak dah siap hidang, tak ada nanti nak berbuka tolong-tolong kacau gulai je sambil teman Mak masak.
“Dah lain dah nanti tanggungjawab dan tugas. Nak fikir sahur apa, nak fikir berbuka apa, nak kena belajar masak tanpa kena rasa masakan,” ujarnya lagi.
Mira membintangi pelbagai drama tempatan itu mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir, seorang arkitek pada 3 September tahun lalu di sebuah pusat konvensyen di ibu negara.
Sumber: Instagram Mira Filzah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.