berita hiburan era Sah Jadi Isteri Dengan Sekali Lafaz, Mira Filzah Minta Maaf Pada Yang Terluka Tahniah Mira Filzah dan Wan Emir! Editor 03 Sep 2020, 10:04 PM Share Tweet Pelakon, Mira Filzah, kini sah diijabkabulkan bersama pasangannya, Wan Emir, dalam satu majlis pernikahan yang diadakan malam tadi. View this post on Instagram Alhamdulillah @mfmirafilzah selamat bergelar isteri kepada pasangan pilihannya, Wan Emir 😍 #SharERA . Kredit : @shalmaainaaA post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on Sep 3, 2020 at 6:20am PDTSebelum memasuki fasa kehidupan yang baru, Mira dalam satu hantaran di Instagram sempat memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terluka atau tidak senang dengan dirinya.“Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka, terkasar bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira, Mira minta maaf.“InshaAllah I’ll be entering a new phase of life tonight, Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang, dan Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.”, ujar Mira. View this post on Instagram Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. InshaAllah malam ini Mira akan bernikah. Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka, terkasar bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira, Mira minta maaf. InshaAllah I’ll be entering a new phase of life tonight, Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang, dan Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Sekali lagi, andai ada yang bertanya, setiap majlis diadakan secara kecilan, hanya 200 - 250 tetamu sahaja yang dijemput. Maaf Mira tak dapat memenuhi permintaan untuk menjemput tetamu lebih ramai. Risau, takut ada sedara mara atau kawan kawan yang terasa. Harap klarifikasi disini menjelaskan semuanya. Kepada @miraclegacy_, inshaAllah, bila keadaan sudah lebih baik dan selamat untuk semua, Mira akan raikan bersama kalian semua. Terima kasih atas segala kasih dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Love each and every one of you. Doakan agar Mira dapat menjadi seorang hamba Allah yang taat pada perintahNya, seorang muslimah yang lebih baik, seorang anak, seorang isteri dan seorang ibu (in future, inshaAllah) yang baik. 🥰 #emiramirahA post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on Sep 3, 2020 at 3:05am PDTDengan sekali lafaz, pelakon jelita ini kini sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar. View this post on Instagram Alhamdulilah, @mfmirafilzah dan @wanemirastar selamat diijab kabulkan malam ini 🥰 hlive mendoakan yang terbaik buat pasangan ini! Semoga bahagia till jannah gitu 😘 #emiramirahA post shared by Official Hlive (@officialhlive) on Sep 3, 2020 at 6:39am PDTTahniah Mira dan Emir!Sumber: Instagram Hlive/ Rizman Ruzaini Share Tweet Filled Under : trending info era viral GMMJ MiraFilzah *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.