
Semakin meningkat usia, semakin berkurang lah jumlah duit raya yang kita dapat. Kalau dah kerja memang tak dapat lah duit raya kan.Tapi seronok pula jadi Mira Filzah kerana dia masih lagi mendapat duit raya walaupun sudah bekerja.
Menurut Mira, datuknya masih lagi dia dan sepupunya yang lain duit raya. Apa yang lagi best, selagi belum berkahwin duit raya akan ditambah.
"Dalam keluarga sebelah ayah, cucu hanya ada enam orang. Jadi, atuk akan bagi duit raya di mana jumlahnya meningkat mengikut umur.
"Saya rasa seronok kerana maklumlah, jarang orang dewasa apatah lagi sudah bekerja, dapat duit raya," katanya yang menggemari lauk rendang daging hitam sebagai juadah Aidilfitri.
Mira akan pulang beraya di kampungnya di Ipoh dan Tronoh, Perak.
Sumber: BH Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.