Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Kongsi Kisah Hidup Lepas Kahwin, Mira Filzah Jawab Luahan Peminat Yang Menyampah

Individu itu rasa meluat melihat perkongsiannya yang sering menjadi bahan berita
Editor
06 Oct 2020, 04:39 PM

Pelakon, Mira Filzah telah diajukan luahan daripada individu menerusi laman Instagram, yang menyatakan rasa menyampah melihat update pelakon itu selepas berkahwin.

kongsi kisah hidup lepas kahwin, mira filzah jawab luahan peminat yang menyampah

Menurut individu berkenaan, beliau rasa meluat melihat perkongsiannya yang sering menjadi bahan berita, khasnya di media massa.

"Menyampah. Adakah anda rasa anda seorang saja berkahwin di Malaysia. Berita anda ada di semua tempat, sangat menyampah. Saya tak pasti di mana nak memuja anda sebagai ikon. Entah bagaimana, lakonan awak biasa saja," tulis individu itu.

kongsi kisah hidup lepas kahwin, mira filzah jawab luahan peminat yang menyampah

Mira berkata, apa yang dilakukan olehnya di media sosial adalah sebagai salah satu cara berkongsi pandangan peribadi dengan peminat, dan tidak pernah meminta untuk dijadikan bahan berita.

kongsi kisah hidup lepas kahwin, mira filzah jawab luahan peminat yang menyampah

"Apa saja perkongsian yang saya muat naik di Instagram Stories menerusi 'Ask Me Questions' adalah cara untuk  memberitahu dan berkongsi pandangan bersama peminat dan pengikut yang baik dengan saya.

"Saya tidak pernah ditemubual berhubung perkongsian yang saya berikan. Ia tidak adil kepada saya dan Emir untuk orang menilai kami sebab mereka baca beberapa artikel berdasarkan soalan peribadi antara saya dan peminat.

"Tidak pernah bermaksud untuk menganggu ruang peribadi anda dengan berita begini apabila ia hanya pandangan peribadi yang diambil dari ruang peribadi saya sendiri," katanya.

kongsi kisah hidup lepas kahwin, mira filzah jawab luahan peminat yang menyampah

Terdahulu, pelakon ini sering berinteraksi bersama peminatnya menerusi Ask Me Questions dan telah menerima banyak pertanyaan, khasnya kehidupan beliau bersama Wan Emir Astar selepas bergelar isteri.

Antara perkongsian pelakon jelita itu adalah cadangan nama anak, belajar untuk memasak dan bacaan surah yang diamalkan setiap hari.

Mira bagaimanapun tidak menyalahkan pihak media yang menyiarkan berita mengenainya dan faham ia adalah sebahagian daripada tugas mereka.

"'Ask Me Questions' dalam Instagram Stories saya adalah cara untuk saya berkomunikasi dan interaksi bersama peminat serta pengikut.

"Kalau tiba-tiba nampak artikel baru dikeluarkan menerusi perkongsian di IG Stories, dan ada yang tidak suka untuk membacanya. Jadi jangan baca, abaikan saja.

"Saya tak minta sebarang artikel untuk dikeluarkan dan saya juga tak salahkan media, itu kerja merkeka," katanya lagi dalam satu hantaran.

kongsi kisah hidup lepas kahwin, mira filzah jawab luahan peminat yang menyampah

Sumber: Instagram Mira Filzah

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}