Menghitung hari menuju hari bahagia, pelakon, Mira Filzah dilaporkan akan mengadakan beberapa majlis resepsi sempena majlis perkahwinannya tidak lama lagi.
Memetik laporan dari Media Hiburan, Mira bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai majlis raja sehari yang akan diadakan, namun memberitahu bahawa jemputan bagi setiap majlis mungkin sekitar 200 hingga 250 orang sahaja.
“Alhamdulillah, persiapan berjalan dengan lancar, InsyaAllah kami juga akan mengadakan beberapa majlis resepsi.
“Bagaimanapun saya ingi beritahu awal-awal kepada semua, atas kekangan semasa yang tidak menentu, jadi kami hanya menjemput sekitar 200 hingga 250 sahaja bagi setiap majlis.
“Kami pun tak mahu mengambil risiko mesko sejujurnya ramai yang ingin kami jemput. Terpaksa dipecah-pecahkan senarai tetamu untuk beberapa majlis yang akan berlangsung nanti,” ujar Mira kepada MH.
Mira Filzah juga mengakui lebih selesa untuk menguruskan sendiri majlis perkahwinannya, berbanding menerima tajaan daripada pihak tertentu, namun berterima kasih kerana ada pihak yang sudi bertanya soal tajaan majlis perkahwinan mereka.
Beliau juga dikatakan akan menggayakan rekaan gaun pengantin daripada pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini dan Fizi Woo.
Sumber: Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.