Penyanyi, Mizz Nina adalah antara selebriti tempatan yang sudah berhijrah dan aktif dengan misi-misi kemanusiaan.

Namun, menurut Mizz Nina dan suaminya Noh Salleh, sehingga kini masih ada lagi foto dan video lama Mizz Nina yang bertebaran di Internet, namun mereka tetap positif dan menganggap ada hikmah disebaliknya.
“Mungkin ada hikmahnya. Barangkali, melalui video dan gambar lama itu orang boleh lihat penghijrahan yang berlaku dalam kehidupan saya. Kami sudah berusaha meminta supaya video dan gambar lama itu dipadamkan mengikut prosedur yang kami tahu.
“Justeru, saya kini positif dan akan terus berusaha lagi. Malah, saya juga yakin perancangan Allah adalah yang terbaik,”

Noh sebelum ini pernah meminta pihak media dan industri seni supaya memadam video dan gambar lama Nina yang tidak menutup aurat sebelum ini.
Sumber: Rotikaya
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.