Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Mimi Lana Mohon Doa Orang Ramai, Mahu Dapatkan Anak Kembar

ROSTAM, Mohamad Firdaus
14 Aug 2025, 11:37 AM

mimi lana mohon doa orang ramai, mahu dapatkan anak kembarFoto: Instagram

Pelakon terkenal, Mimi Lana memohon agar orang ramai mendoakan dirinya dikurniakan anak kembar hasil perkahwinannya bersama suami yang juga pelakon, Syafiq Kyle, selepas tujuh bulan mendirikan rumah tangga.

Menerusi hantaran di platform Threads, Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, menzahirkan hasrat tersebut sambil menyatakan keyakinan bahawa doa ramai pihak lebih mudah dimakbulkan.

“Boleh ke saya minta semua orang doakan saya dapat bayi kembar? Orang kata kalau ramai yang mendoakan, ia lebih mudah menjadi kenyataan,” tulisnya.

Walaupun mengundang persoalan sama ada dirinya kini sedang berbadan dua, Mimi tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara itu.

Namun, perkongsian tersebut telah mencuri perhatian ramai, dengan rata-rata peminat mendoakan agar hajat pasangan itu dipenuhi. Tidak kurang juga yang mula membuat spekulasi kononnya pelakon itu kini hamil.

Antara komen yang ditinggalkan peminat termasuk, “Insya-Allah nanti dapat sepasang anak kembar yang kacak dan cantik seperti ibu bapanya,” dan “Dah macam ada tanda-tanda menuju ke dewan bersalin, semoga rezeki berpihak kepada kalian.” Ada juga yang berkata, “Kami tidak sabar untuk bertemu Mimi dan Syafiq junior!”

Selepas menerima pelbagai ucapan positif, Mimi merakamkan penghargaan kepada semua yang mendoakannya.

“Terima kasih kepada semua. Semoga segala doa yang baik kembali kepada anda semua. Moga kita sentiasa dikurniakan rezeki yang luas, hati yang sentiasa bersyukur, dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT,” katanya.

Untuk rekod, Mimi dan Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, selamat disatukan pada 14 Februari lalu dalam sebuah majlis di sebuah ruang acara di Taiping, Perak.

Sumber: Threads

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us