Pelakon, Mimi Lana mengakui bahawa hubungannya bersama Syafiq Kyle sudah pun berakhir baru-baru ini.
Menerusi laporan daripada portal Gempak, Mimi bagaimanapun enggan mendedahkan punca hubungan mereka terlerai kerana ia adalah peribadi.
Mimi mengakui bahawa spekulasi yang tersebar itu adalah benar dan mereka sudahpun berpisah secara baik.
Tambah Mimi lagi, beliau enggan mempersoalkan tentang jodoh sebaliknya hanya menyerahkan kepada Allah SWT untuk menentukan segalanya.
🤲🏼✨
A post shared by MIMS (@missmimilana) on
Terdahulu, Mimi dan Syafiq dilaporkan bercinta sejak lima tahun lalu, namun mendedahkan hubungan mereka sekitar pertengahan tahun 2019.
Bagaimanapun, kedua-dua pelakon ini enggan mengakui kisah cinta mereka kerana merasakan kurang selesa untuk berkongsi kisah peribadi secara terbuka.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.