Penyanyi, Mimi Fly mengakui mahu fokus untuk menyanyikan dan menghasilkan lebih baik karya lagu bergenre Pop R&B selepas ini.
Memetik laporan Gempak, genre sebegitu dilihat lebih sesuai dengan usianya sekarang yang semakin meningkat.
“Baru-baru ini saya ada melancarkan salah satu single berjudul Diam, ia merupakan salah satu lagu daripada album yang saya akan keluarkan nanti.
“Saya mahu menyanyi lebih lagu-lagu bergenre Pop R&B sekarang atas beberapa sebab.
“Antaranya faktor umur saya sekarang selepas beberapa tahun berkecimpung dalam industri, jadi saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai,” katanya.
Tambahnya lagi, album yang dinantikan ini bakal dilancarkan sepenuhnya dalam masa terdekat dan ia boleh didapati peminat tahun ini.
“Insya-Allah, saya rancang untuk melancarkan album itu dalam tahun ini juga.
“Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar, Insya-Allah,” ujarnya lagi.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.