Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Ianya Bukan Satu Kesalahan..” - Mierul Aiman Anggap Normal Lelaki Muda Kahwini Wanita Berusia

ROSTAM, Mohamad Firdaus
19 Aug 2025, 10:50 AM

“ianya bukan satu kesalahan..” - mierul aiman anggap normal lelaki muda kahwini wanita berusiaFoto: Instagram

Hubungan cinta antara lelaki muda dengan wanita berusia jarang sekali diketengahkan dalam karya seni tanah air. Namun, situasi itu kini menjadi perhatian selepas ia dipaparkan dalam drama terbaharu di platform penstriman Viu berjudul Seadanya Kita.

Bagi pelakon utama drama tersebut, Mierul Aiman, perhubungan jarak usia atau love gap wajar dilihat sebagai perkara biasa dan tidak seharusnya dipandang prejudis oleh masyarakat.

“Orang sering salah anggap apabila lelaki muda berkahwin dengan wanita berusia kerana perkara itu jarang berlaku dalam kehidupan seharian. Ia kelihatan di luar kebiasaan dan tidak sama seperti kisah cinta yang sering kita dengar.

“Namun bagi saya, ia tetap sebahagian daripada proses hidup seseorang. Saya tidak menganggap situasi ini satu kesalahan,” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.

Cabaran Menjiwai Watak

Dalam drama Seadanya Kita yang mula ditayangkan sejak 7 Ogos lalu, Mierul membawa watak Kerol, seorang lelaki yang menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lebih berusia. Menurutnya, penghayatan mendalam amat diperlukan bagi memastikan watak tersebut benar-benar dapat dirasai penonton.

“Saya perlu memahami mengapa ada individu memilih untuk bercinta dengan pasangan berbeza usia. Semasa mendalami karakter ini, saya semakin sedar kerumitan situasi itu dan bagaimana untuk menjadikan percintaan jarak umur kelihatan logik serta diterima penonton,” ujarnya.

Beliau mengakui cabaran besar menanti ketika melakonkan watak berkenaan, lebih-lebih lagi dalam usaha menjiwai realiti hubungan yang mungkin dianggap tidak konvensional oleh masyarakat.

“Saya percaya kekuatan skrip yang ditulis serta arahan pengarah amat membantu. Jika emosi dan perasaan tidak disampaikan dengan jelas, penonton mungkin sukar memahami perjalanan karakter. Sebab itu penghayatan yang tepat sangat penting,” jelasnya lagi.

Pelapis Industri

Selain jalan cerita yang unik, pengalaman berlakon bersama Emma Maembong juga memberi nilai tersendiri buat Mierul. Lebih manis apabila Emma menyifatkannya sebagai pelakon pelapis lelaki tempatan yang mampu menyerikan lagi industri hiburan.

Pujian itu diakui Mierul sebagai dorongan untuk terus menimba ilmu serta memperbaiki mutu lakonannya.

“Kalau saya berjaya menyampaikan sesuatu babak dengan baik hingga penonton benar-benar faham karakter yang saya bawa, itu bagi saya satu kejayaan. Apabila orang mula melihat saya sebagai pelapis, ia adalah maklum balas yang positif kerana saya berjaya menggalas amanah dengan sebaiknya.

“Kepercayaan itu membuatkan saya semakin bersemangat untuk menimba lebih banyak ilmu dalam dunia seni kreatif,” katanya mengakhiri perbualan.

Sumber: HibGlam

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us