Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Michael Schumacher Tunjuk Tanda Pemulihan, Tidak Lagi Terbaring Sepanjang Masa

ROSTAM, Mohamad Firdaus
27 Jan 2026, 11:38 AM

michael schumacher tunjuk tanda pemulihan, tidak lagi terbaring sepanjang masaFoto: Jack Lester

Legenda Formula Satu, Michael Schumacher dilaporkan memperlihatkan perkembangan positif dalam keadaan kesihatannya apabila tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada katil, kira-kira 12 tahun selepas kemalangan ski yang mengubah seluruh kehidupannya pada 2013.

Sejak insiden serius di Pergunungan Alps, Perancis itu, maklumat mengenai keadaan juara dunia tujuh kali berkenaan sentiasa dikawal ketat demi menjaga privasi keluarga. Namun, menurut sumber yang dipetik media antarabangsa, Schumacher kini berupaya duduk menggunakan kerusi roda.

Bekas pelumba berusia 57 tahun itu masih menerima rawatan dan pemantauan rapi sepanjang masa di bawah jagaan isterinya, Corinna Schumacher, bersama pasukan perubatan khusus yang sentiasa bersamanya.

Perkembangan tersebut membolehkan Schumacher dibawa keluar menggunakan kerusi roda di sekitar kediaman keluarganya di Majorca serta di hartanah mereka yang terletak berhampiran Tasik Geneva.

Sejak kemalangan itu, Schumacher tidak pernah muncul di hadapan umum, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai tahap kesedaran dan keupayaannya untuk berkomunikasi. Bagaimanapun, sumber rapat keluarga menolak dakwaan bahawa beliau hanya mampu memberi reaksi melalui kelipan mata.

“Dia masih memahami sebahagian perkara yang berlaku di sekelilingnya, walaupun tidak sepenuhnya,” kata sumber berkenaan.

Sebelum ini, terdapat laporan mendakwa Schumacher akan menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya, Gina-Maria pada 2024, namun perkara tersebut tidak berlaku.

Tahun lalu, tiga bekas kakitangan keluarga Schumacher didapati bersalah selepas cuba mengugut dengan ancaman mendedahkan gambar peribadi Schumacher dalam keadaan semasa.

Awal bulan ini, Gina-Maria turut berkongsi sekeping foto lama keluarga sebelum tragedi itu bersempena sambutan hari lahir bapanya, disertai kapsyen penuh emosi.

“Yang terbaik untuk selamanya. Selamat hari lahir, papa,” tulisnya.

Untuk rekod, Schumacher pernah berada dalam keadaan koma selama kira-kira 250 hari sebelum sedar pada Jun 2014. Selepas itu, beliau dibenarkan keluar dari hospital dan meneruskan rawatan pemulihan di rumah.

Pada 2019, Schumacher dilaporkan menjalani rawatan terapi sel stem di bawah seliaan pakar kardiologi terkenal dari Perancis, Dr Philippe Menasché, sebagai usaha membantu pemulihan sistem saraf. Sejak itu, beliau dilaporkan berada dalam keadaan sedar, namun butiran lanjut terus dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Sumber: Astro AWANI

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us