Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Meerqeen Ungguli GMWA 2025 Dengan Lebih 2.3 Juta Undian, Sistem Baharu Libatkan Juri Profesional

ROSTAM, Mohamad Firdaus
16 Feb 2026, 10:07 AM

meerqeen ungguli gmwa 2025 dengan lebih 2.3 juta undian, sistem baharu libatkan juri profesionalFoto: Instagram

Nama pelakon muda, Meerqeen terus menjadi sebutan apabila beliau diumumkan sebagai penerima trofi utama pada malam Gempak Most Wanted Awards 2025 yang berlangsung meriah di Auditorium MBSA, Shah Alam, Ahad lalu.

Pada acara berprestij itu, Meerqeen bukan sahaja merangkul anugerah utama Gempak Most Wanted 2025, malah turut membawa pulang gelaran Selebriti Tergempak 2025, sekali gus membuktikan pengaruh besarnya dalam kalangan peminat.

Dalam ucapannya, Meerqeen meluahkan rasa syukur atas kemenangan yang diraih dan menyifatkannya sebagai permulaan baharu buat dirinya pada tahun 2026.

“Terima kasih kepada Astro. Ini adalah permulaan buat saya pada tahun 2026. Saya akan datang dengan karya yang baharu buat anda.

“Saya tahu saya tengah berisi sedikit sekarang tapi percayalah, ini sekejap saja. Saya tengah sediakan sesuatu buat kalian,” katanya penuh teruja.

Lebih membanggakan, drama lakonannya berjudul Thariq Ridzuwan turut dipilih sebagai pemenang bagi kategori Drama Tergempak 2025, menjadikan malam tersebut cukup bermakna buat pelakon berkenaan.

Untuk rekod, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam mula meraih perhatian selepas menyertai program Hero Remaja 2019/2020.

Sejak itu, beliau telah berjaya membina reputasi menerusi pelbagai drama yang menampilkan lakonan spontan dan meyakinkan sehingga berjaya menarik kelompok peminat tersendiri.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

 

Edisi GMWA kali ini hadir dengan pendekatan berbeza apabila proses pemilihan pemenang tidak lagi ditentukan sepenuhnya menerusi undian awam. Sebaliknya, markah juri profesional turut diambil kira sebagai sebahagian daripada sistem penilaian.

Ketua Content Studio Astro Gempak, Syazwan Zakariah menjelaskan langkah tersebut diambil bagi memastikan keputusan lebih seimbang dan menyeluruh.

“Kenapa tahun ini kita libatkan markah daripada juri kerana kita mahukan juga pandangan daripada pihak profesional. Pandangan mereka itu bukan sahaja berdasarkan bakat sahaja tetapi mereka juga akan dinilai melalui bagaimana mereka memberi pengaruh serta impak kepada industri hiburan.

“Jadi sebab itu kita merasakan perlunya perubahan ini,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, semua markah yang diberikan oleh juri telah melalui proses audit bagi memastikan ketelusan dan mengelakkan sebarang unsur berat sebelah.

“Mereka diberi format pemarkahan dan kesemua keputusan juga telah dihantar untuk urusan audit oleh juruaudit kami,” tambahnya.

Bagi kategori utama, Meerqeen berjaya mengumpul sebanyak 2,373,539 undian secara dalam talian selain memperoleh 40.5 peratus markah daripada panel juri.

Majlis yang dihoskan oleh Amelia Henderson dan Sean Lee itu turut diserikan dengan persembahan daripada barisan penyanyi popular seperti Marsha, Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hael Husaini dan kumpulan ALPHA.

Sekadar info, Gempak Most Wanted Awards 2025 telah berlangsung secara langsung pada 15 Februari 2026 dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan disiarkan menerusi Astro Ria saluran 104, On Demand, Astro GO serta platform penstriman sooka.

Sumber: Gempak

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us