Pelakon, Mawar Rashid telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang juga anak keduanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 5.45 pagi, Sabtu lalu.
Mawar yang melahirkan anak keduanya itu secara normal, telah berkongsi beberapa foto di Instagram, termasuklah memberitahu nama penuh bayi perempuannya itu.
“2.1.21 🤍 RADEN SERI ROSSABELLA CINTA🌹
Assalamualaikum semua. Syukur Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan kesemuanya💝 @rossabellacinta,” tulis Mawar di Instagram.
Dalam pada itu, suami Mawar iaitu Raden Ahmad Faizal juga berkongsi foto pertama anaknya itu di Instagram, sambil meluahkan rasa syukur atas kelahiran ini.
Mawar sebelum ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raden Muhammad Rafael yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.