Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Lyodra Fasih Berbahasa Melayu Kerana Selalu Tonton Upin & Ipin dari Kecil - “Saya Tengok Versi Asal…”

ROSTAM, Mohamad Firdaus
23 Oct 2025, 11:03 AM

lyodra fasih berbahasa melayu kerana selalu tonton upin & ipin dari kecil - “saya tengok versi asal…”Foto: Instagram

Penyanyi popular Indonesia, Lyodra mendedahkan rahsia di sebalik kefasihannya berbahasa Melayu, semuanya bermula daripada minatnya terhadap siri animasi terkenal Malaysia, Upin & Ipin.

Menurut Lyodra, dia merupakan peminat setia animasi tersebut sejak kecil dan tidak menyangka bahawa minat itu secara tidak langsung membantu dirinya memahami serta bertutur dalam Bahasa Melayu dengan lebih baik.

“Saya memang peminat Upin & Ipin dan sangat suka menontonnya sejak kecil. Setiap kali balik sekolah, perkara pertama yang saya buat adalah tonton cerita itu. Saya tonton versi asal dari Malaysia. Mungkin sebab itu saya boleh berbahasa Melayu dengan lebih fasih,” katanya sambil tersenyum.

Bagi penyanyi berusia 21 tahun itu, Upin & Ipin bukan sekadar hiburan, malah menjadi sebahagian daripada memori zaman kanak-kanaknya.

“Setiap kali dengar orang sebut Malaysia, yang terlintas dalam fikiran saya terus Upin & Ipin! Saya suka sebab mereka lucu dan comel. Animasi itu memang tontonan kami yang lahir sekitar tahun 2000-an,” ujarnya.

Lyodra berkongsi kisah itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Healing 2026 di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur pada Selasa.

Katanya, walaupun kini jarang menonton animasi tersebut, dia masih mengingati beberapa babak yang dihafal sejak kecil.

“Sekarang saya dah jarang tonton sebab dah dewasa, tapi kalau kebetulan muncul di skrin, saya tetap akan tengok. Ada beberapa episod yang saya hafal seperti babak mereka buat wau dan ketika di dalam kelas,” katanya.

Tambah Lyodra, lawatannya yang kerap ke Malaysia turut membantu memperbaiki pertuturan Bahasa Melayu.

“Setiap kali saya datang ke Malaysia, saya rasa bahasa saya semakin baik dan lancar,” kongsinya lagi.

Konsert Healing Night 2026 yang bakal berlangsung pada 24 Januari depan turut menampilkan barisan artis ternama seperti Anuar Zain, Ella, Dayang Nurfaizah serta kumpulan Kangen Band dari Indonesia.

Konsert ini mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sebagai usaha memperkenalkan keunikan seni dan budaya tempatan. Tiket boleh didapati melalui laman web Ticket2u dengan harga antara RM190 hingga RM950.

Sumber: Gempak

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us