Penyanyi, pelakon dan pengacara, Luna Maya, 37, mengaku adalah tidak mustahil untuk dirinya kembali bercinta bersama bekas kekasihnya dahulu, iaitu Ariel Noah.

Luna memberikan jawapan itu selepas ditanya oleh seorang pengacara dalam sebuah program.
"Tak ada yang mustahil di dunia ini kecuali menggigit telinga sendiri. Susah kan?" katanya menjawab pertanyaan pengacara iaitu Feni.
Luna Maya ditanya soalan sedemikian selepas mereka dilihat saling mengucapkan ucapan selamat hari lahir setiap kali ulangtahun kelahiran mereka.
"Masih saling menghantar ucapan. Cumanya, tak ada hadiah. Lagi satu, dia pun selalu lewat memberi ucapan.
"Bukan hari jadi saja, tapi hari kebesaran lain juga masih saling menghantar ucapan," kata Luna.

Terdahulu, hubungan dan kisah percintaan Luna Maya dan Ariel bukan lagi satu rahsia sejak dari tahun 2004, namun mereka berpisah pada tahun 2010.

Sumber: Insert Live
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.